Bismillah..
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-3 saya berpraktikal di sini. Still, ada lebih dari 5 bulan lagi tempoh praktikal saya, jadi saya perlu bijak mengurus diri dan masa yang ada.
Kadang waktu terasa pantas, ada masa lainnya waktu terasa begitu lambat.
Akan tetapi, saya sedar suatu perkara. Iaitu, bila hati kita lapang dengan mengingati Allah serta diri kita positif dengan takdir yang Allah tentukan buat kita, kebahagiaan akan muncul. Ya. Dan masa-masa yang dilalui terasa lebih mudah untuk kita hadapi, biarpun yang hadir tak sama dengan apa yang kita mahukan@expect dll.
Hidup ini singkat, jadi mengapa manusia itu seharusnya bersedih dengan ujian yang menimpanya? Dengan barang-barang pinjaman kita yang telah Dia ambil kembali? Dengan kekurangan diri yang menunjukkan betapa kerdilnya kita di hadapan Dia Yang Maha Sempurna?
Silap kita, apabila melihat ujian sebagai tanda Allah mengabaikan kita, kerana bukankah baginda Rasulullah s.a.w. juga seringkali mendapat ujian? Bahkan ujian-ujian yang ditimpakan ke atas baginda adalah jauh lebih sukar. Adakah ia bererti Allah meminggirkan baginda?
Silap kita, apabila melihat kegagalan sebagai tanda diri kita tidak berharga, kerana bukankah Nabi Lut itu diuji isterinya serta sebahagian anak-anaknya menolak dakwahnya? Adakah kita mahu katakan Nabi Lut tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya? Sudah tentu tidak. Bahkan Nabi Lut termasuk di kalangan mereka yang hebat karakter dan imannya, serta dekat dengan Allah s.w.t.
Kita manusia, tiada yang sempurna. Apatah lagi hidup di dalam dunia ini, yang tercemar dengan sistem penilaian manusia yang seringkali tidak adil, menggunakan ukuran material, pangkat serta persepsi sebagai neraca.
Cuma, apakah kita memilih untuk dengan BERANInya menghadapi ujian yang dibentangkan di hadapan kita. Atau kita lebih suka menjadi sang pengecut, yang hanya tahu untuk risau akan segala-galanya?
ps: 5 minit sebelum balik dari kerja :D

3 comments:
Suka baca entry ni..keep it up ^_^
akh,bila mau jumpa di kuala lumpur ni..hehe
@Cik Zai: thanks
@Amin Baek: eh, asif2.. bru tbukak blik blog.. xsdar pla nta ad mengomen
jmpa? ok jejom! hehe.. tau skng da jd org besar kat petronas pn... hehe.. keja ktne akh? klcc ke?
ana kdng hri jumaat, bla rsa bosan, ad gk saje2 jln2 kat klcc.. kmudian, solat jumaat kt sne trus.. huhu. ok.. ape2, roger by fon la.. snang sket
Post a Comment