Wednesday, April 6, 2011

I. K. H. T. I. L. A. T.

Bismillah.

Hairan
Terkadang manusia itu telah TAHU,
Ikhtilat antara kedua-dua insan bukan muhrim itu
Hanya apabila ada keperluan yang syari'e

Akan tetapi
Manusia itu SEAKAN-AKAN TIDAK FAHAM,
Lantas mentafsir ia menggunakan NAFSU
Mengatakan ikhtilat - selagi mana tidak bermesra ber'lebih-lebih'an.

Hairan
Terkadang manusia itu telah TAHU,
Jodoh itu dalam ketentuan Allah

Akan tetapi
Manusia SEAKAN-AKAN TIDAK FAHAM,
Lalu, terus-menerus berusaha 'berkenal-kenalan'
Walau diri, masih JAUH dari persediaan

Hairan
Terkadang manusia itu selalu menyebut-nyebut
Ketentuan Allah, pasti ada kebaikan

Akan tetapi
Bila berbicara tentang pernikahan
Seakan-akan manusia itu lupa, bahawa itu juga percaturan Tuhan
Mengeluh, merintih
Seakan-akan diri mereka dalam penderitaan
Apakah mereka tidak yakin, pada kebijaksanaan Tuhan Yang Mengaturkan?

Hairan
Terkadang manusia itu mengeluh
Pasangannya curang
Pasangannya main belakang

Akan tetapi
Manusia itu lupa
Kau itu sendiri, bagaimana?
Sudah cukup melaksanakan perintah Tuhan?
Sudah cukup menjaga diri dan pergaulan?
Kerana tiada untukmu yang soleh dan taat,
Jikalau engkau sendiri yang ingkar perintah Tuhan.



" Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." (Qs. 24: 26)



Jagalah ikhtilat.
Jagalah pergaulan.


Lakukan kerana Allah,
Bukan untuk mendapatkan wanita/lelaki pilihan.


Jangan biarkan pula, diri kita menjadi FITNAH kepada Islam.

-truthseeker-
in the observation of Allah



ps: maaf, jika bahasanya dirasakan agak kasar. peringatan untuk diri. diri. dan diri terutamanya.


ps: yakin pada Allah. percaya pada Allah. cinta pada Allah. jangan sekali-kali meletakkan 'double standard', apabila berbicara tentang cinta/hubungan lelaki-wanita.

2 comments:

aku bukan aku said...

bila ia dari akal 'tepu' dgn ilmu
ya kita gah berteori..

namun tak ramai mampu..
kerana ramai tewas dek sistem ke-majoriti-an

tahu sekadar tahu..
terutama AKU.

-pesan tangan kpd diri-

pulangan ziarah dan doanya istiqomah, asif lewat dan mungkin sedikit kekasaran bhs.ini y mmpu keluar dr benak hati.

ini your 2nd is is it?
SoA?

truth seeker said...

biar kasar
asal tujuan ikhlas untuk saling memperingati
kerana terkadang kasar itu
yang mampu membeliakkan mata
dari lena dibuai mimpi

ke'majoriti'an..
bukan alasan untuk menidakkan. bukan?
kerana itu saya menulis di sini.
mengeluarkan suara2 jiwa 'nafsu lawwamah'(jiwa yang mengecam tuannya)
kerana diri jauh dari mncapai 'nafsu mutmainnah'
jd dengannya(kta2 kcaman thadap diri) moga2 saya dpt sntiasa kmbali tjaga&tjaga, dn tidak merasa selesa, mngikuti arus dunia akhir zaman. insyaAllah.

jzkk akh ats peringatan. ikhlas. sjujurnya, komen2 spt ini yg ana hrpkn. :)

*truthseeker = anonymous

-maaf jika dilihat hanya mampu berteori. mungkin itu kelemahan aku yang masih perlu diperbaiki-