Thursday, May 19, 2011

Kosong

Bismillah

Melihatkan blog yang sudah lama tidak terupdate.
Yang aku ketepikan sementara, untuk memberi laluan kepada peperiksaan.

Namun kini, jari-jemariku kaku.
Tiada luahan kata yang dapat tercetus dari hati.

Peperiksaan sudahpun tamat.
Masa? Terasa banyak sungguh masa yang Dia berikan, namun... jarang sekali terisi dengan perkara bermanfaat.

Astagfirullah... x3

Membaca kisah-kisah manusia yang mampu membakar semangat
Namun aku hanya mampu membaca sahaja
Anggotaku, tidak mampu lagi tergerak atas kata-kata itu

Mendengar talk-talk yang hebat
Seringkali mampu menarik aku untuk bersama-sama, merasakan semangat yang di bawa
Namun, kini aku hanya mampu 'menghidunya'
Tidak lagi dapatku 'merasa'

Allah...
Aku rasa aku telah kehilangan sesuatu
Yang kehilangannya, aku rasa seperti tiada apa erti aku kini hidup di dunia
Seperti aku telah pun mati
Walau ajalku belum tiba lagi

Ya Allah
Kembalikanlah ia ya Allah..

Aku 'kehilangan' Kau di hatiku
Aku dahagakan cintaMu untuk aku terus melangkah lagi

Kau yang Maha Kuasa atas segala-galanya
Kau yang Maha Mendengar setiap rintihan hati

Ampunilah segala dosa hambaMu ini
Kembalikanlah rasa rindu, cinta, zuq mengingatiMu
Melebihi ingatanku terhadap, keserabutan dunia

Kerana terkadang
Sibuknya aku memikirkan perihal dunia
Aku lupa terhadap sesuatu yang jauh lebih bernilai dari semua itu
Ingatan kepadaMu

Kerana terkadang
Sibuknya aku menjaga hak-hak aku dan manusia
Dan aku juga kehilangan sesuatu
Yang tidak ternilainya di dalam dunia semu ini
Iaitu, cinta dan keimanan kepadaMu

Kembalikanlah ya Allah,
Kembalikanlah

Moga aku dapat kembali mengalirkan air mata, menikmati kelazatan iman.. yang kini, aku telahpun kehilangan >_<

Aminn ya Rab....


" You no longer moved, by Allah words. You no longer moved, when you hear Qur'an. It's been a long time, since you cried in solah. It's a been a long time, since your hert felt something." -Nouman Ali Khan (Islam and Ego).

-truth seeker-
in the observation of Allah

No comments: