Tuesday, June 5, 2012

Tumbuhan itu

Bismillah..

Alhamdulillah, segala puji dan syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi, saya diberikan nikmat untuk terus bernafas dan hidup secara normal menjalani saki baki umur yang tak pasti bila bakal terhenti. Masa itu kehidupan, itu yang diungkapkan oleh seorang tokoh cendekiawan yang hebat, Hassan Al-Banna yang cukup mendalam maksudnya buat renungan bersama di pagi ini.

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke-2 saya berpraktikal di sebuah syarikat Oil and Gas di Kuala Lumpur. Lambakan masa yang ada, tanpa banyak tugas yang perlu dilakukan pada hari-hari awal di internship ini menggerakkan saya untuk update blog ini. Mengapa?

Perlunya saya untuk bermuhasabah akan kondisi IMAN di hati.

Perlunya saya menyediakan persiapan, MENTAL terutamanya dalam melalui simpang hidup yang baru - zaman praktikal.

(Lagipun, di ofis facebook tak dapat dibuka.. hehe. Alhamdulillah, mungkin Allah nak beri aku peluang untuk mengupdate blog, dan sekaligus memuhasabah diri sendiri terutamanya.)

Wahai, apa khabar...... iman?

Adakah segar dan sihat seperti tumbuhan yang dibaja, disiram dan dibelai hari-hari?

Ataukah seperti tumbuhan yang 'hidup segan, mati tak mahu', yang mana tumbuhannya layu, dan berdiri tumbuhan itu di atas tanah yang kering lagi kontang?

Sedarkah kita. Segar atau layunya tumbuhan kita itu tadi terletak di bahu kita sendiri.

Mahukan tumbuhan yang sihat... sudahkah kita baja ia dengan baja yang terbaik?

Mahukan baka yang berkualiti... sudahkah kita membajak tanahnya agar adanya sistem pengaliran dan pengudaraan serta tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan dapat kita cabut serta asingkan dari tapak semaian?

Mahukan pokok yang segar-bugar... sudahkah kita siramkan ia dengan air tiap-tiap hari?

Kata seorang penyajak US, Boenaa Mohamad, " Feed your IMAN, and your doubts will starve to death."

Yup.. begitu juga dengan hati. Begitu juga dengan iman.

Hati perlukan siraman zikir dan bacaan Al-Qur'an yang konsisten untuk terus hidup.

Hati perlu dibajak dari karat-karat jahiliyyah yang mahu mengakar, agar iman terus-menerus mendapat nutrien yang cukup lalu tumbuh dengan sihat.

Hati itu juga perlu dibajai... dengan baja 'biah solehah', agar peningkatan iman dapat mencanak dan mencanak lagi lantas membuahkan amal-amal yang hidup serta menghidupkan. Betul?


Oh hati, maafkan aku kerana jarang memperhatikanmu dalam perjalanan hari-hari kehidupanku.


Oh iman, ampunkan aku kerana jarang berusaha menjaga dan membelai tumbesaranmu, lantas tumbesaranmu menjadi terbantut.


Oh Allah, ampunkan daku. Maafkan kealpaanku. Aku hanyalah hambaMu yang lemah dan hina ya Allah. Tidaklah aku dapat beramal dengan amalan-amalan yang Engkau redhai, melainkan Engkau jualah memberikan hidayah dan kekuatan pada aku untuk melaksanakannya. TanpaMu aku tiada apa ya Allah.


Bimbinglah aku, kuatkan daku, suburkan imanku, mudah-mudahan saat pertemuan denganMu nanti, aku kembali padaMu, dalam keadaan Engkau redha padaku.. Amin ya Rob.


Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu.




Firman Allah swt dalam Surah Ibrahim ayat 24-27:

" Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan; kalimah yang baik seperti pokok yang baik, akarnya kukuh dan cabangnya (menjulang) ke langit?
Ia (pokok itu) menghasilkan buahnya setiap musim dengan izin Rab (Tuhan)nya. Dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia agar mereka mengambil peringatan.
Dan perumpamaan kalimah yang buruk, seperti pokok yang buruk, dicabutkan daripada permukaan bumi, tidak ada baginya keteguhan.
Allah meneguhkan orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang yang zalim. Dan Allah melakukan apa yang Dia (Allah) kehendaki."

2 comments:

Jamal Ali said...

Sudah kembali. Alhamdulillah.

Moga iman kita akan sentiasa teguh, seperti pohon-pohon hijau yang subur dan rimbun dirinya. :)

truth seeker said...

Huhu.. alhamdulillah.. wpun bkerja, ianya mmbuka ruang yg lebih bsar kpd ana utk update blog lg kerap.. tak spt di rumah :) hrp2 dpt konsisten.. amin

InsyaAllah... di bahu kita tanggungjawab itu dibebankan :)